29 March 2011

7th day @ Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Perak..

Assalamualaikum semua. HAri ini kan kami pindah wad baru iaitu WKP aka wad kemasukan perempuan. Mula-mula melangkah ke sana sudah dikerumuni oleh pesakit-pesakit. Cuak jugaklah mula-mula kan. Sebab ada seorang pesakit tuh cakap "nak name tag tu. tu saya punya! Awak yang curi kan??" Wuissh terkejut i. Kenapa pesakit ni tuduh-tuduh kami ni. Apa salah kami? Cewah. Bukan apa belum biasa lagi dengan wad tu masa mula-mula. Wad ini menempatkan pesakit-pesakit yang baru masuk dan ada yang sudah 1 minggu- 3 bulan di sana serta masih dalam proses pemerhatian rapi lagi. Staff nurse tu pun pesan dengan kami supaya jangan terlalu rapat dengan pesakit. Bagi jarak sikit dengan mereka. Sebab mereka ni unpredictable


google

Ada pesakit yang masih muda sebaya saya. Dan saya rasa sangatlah kasihan. Tertanya-tanya saya. Adakah dia akan menghabiskan seumur hidup dia di sini? Hmm rasa bersyukur apabila masih dikurniakan akal yang sempurna. Alhamdulillah. Dia suka seluk-seluk poket kami dan ambil barang nasib baik dia bagi balik. Tapi kalau bagi buku dengan pen terus dia diam sambil menulis. Muka dia iras seorang artis. Serius. Kalau mekap ni lawa ni. Hehe. Tapi sayang dia di sana. Dia suka menyanyi tau. Suruh saja dia nyanyi lagu Ella ka, Siti ka, Azharina ka semua dia tau. Bersajak pun terer. Dengan penuh semangat dan tanpa melihat apa-apa kertas pun dia boleh bersajak. Dia pandai tapi sayang. Bila tanya pesakit lain dorang cakap dia dirogol oleh abang sendiri. Ish geram saya rasa. Rasa macam mau saman saja abang dia tu. Tiada guna betul lelaki macam tu. Adik sendiri pun mau makankah? Tembak lagi bagus kalau lelaki macam ni. Sangat binatang..

google
  

Tadi kami interview seorang lagi pesakit ni. Dia cakap dia masuk sini sebab depression. Tapi kami tengok dia pun memang sangatlah ok. MUngkin ada masa-masa yang dia akan rasa depress. Sebab masa senaman pagi semangat sungguh dia. Bila cerita-cerita dengan dia, baru tau masalah sebenar dia. Cuma yang paling menyentuh hati saya bila dia cakap dia sangatlah depress semasa ada masalah dan bercerai dengan suami dia. Dan lepas itu dia sering rasa depress dan susah untuk tidur. Rupanya kami berkongsi masalah yang serupa. Rasa sangat sakit apabila melihat perkara sedemikian berlaku. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga para wanita di luar sana yang mengalami masalah yang sama akan sentiasa tabah dan lebih bersemangat untuk hidup. :). Semoga pesakit ini cepat sihat dan kembali ke keluarga dia suatu masa nanti. :)

google


Di wad ini macam-macam jenis pesakit yang kami jumpa. Ada yang aggressive tiba-tiba. Dia pukul pesakit lain dengan jerit-jerit. Terus staff nurse suruh dia pi rehat di katil dia. Pesakit yang kena pukul tu pun balas balik. Yalah sakitkan. Mestilah balas balik. Huhu. Tadi ada pesakit baru masuk. Dan dia mau balik sangat. Bila pintu terbuka dia akan cuba untuk lari. Itu dipanggil sebagai pesakit yang absconding caution. Jadi dia akan diberi perhatian lebih sikitlah. Ada juga pesakit yang datang pi tempat kami nangis-nangis mau pulang. Kasihanlah juga. Cuma boleh cakap rajin-rajin makan ubat supaya cepat baik dan jangan nangis-nangis. 

 

Secara keseluruhannya di wad ini lebih mencabar dan banyak yang dapat dipelajari hari ini. Hari ini kami cuma berkenalan dengan pesakit, wujudkan rapport iaitu hubungan baik dengan pesakit to gain their trust lah kiranya. Hehe. Selain dari orientasi wad yang dilakukan oleh staff nurse in-charge untuk student. Esok kami akan tengok ECT aka electroconvulsion therapy iaitu salah satu rawatan untuk pesakit yang bermasalah mental. Dan mungkin akan belajar pasal medication pesakit serta presentation tentang pesakit punya  history. Kena pick satu pesakit dan ambil semua history-history dia then present dekat staff nurse. Kira  assignment kamilah tu. 

ECT
 

Tadi otw balik rumah sewa terjumpa orang jual durian. heheh. Melantaklah kami di tepi longkang. Haha. Sedap tau. Lama tidak makan durian. hehe.





haha. Seronoklah hari ini. (^^). Oklah mau iron baju, jemur baju dan study (tipu!) haha. Wassalam. 


P/s : Tidak sabar menunggu hari esok. (^^)/ 

2 comments:

  1. Kesiannya yang dirogol abg tu.

    BErani betul kamu kerja begini kan tabik la. Klu saya mmg takut. Dan sedih sgt2 kalau tau cerita dorg sbb kamu nmpak dorg dpn mata. Haish dunia.

    Share lg byk2 crita nnti ok

    ReplyDelete
  2. @Cinoi Kami pn takut juga ni mula-mula abis dorg cm mengejar-ngejar ni. Hoho. lama-lama ok laa jgk. Sedih cerita dorg ni tulah cuba buat dorg rasa gembira.. heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...