06 April 2011

Praktikal Sem4 Minggu ke 3, hari ke-2 dan 3.

Tempat : Hospital ******ng
Masa : 7am - 2pm
tarikh : 5 Apr, 6 Apr/2011

HARI SELASA

Assalamualaikum. Fuh semalam tidak sempat post entry baru sebab kami jawab test online. Oleh kerana jawab online di kolej, Alhamdulillah bulehlah dapat 41/50.  Ada juga geng kawan lain dapat 44/50. hehehe. 

beginilah keadaan semasa menjawab test semalam.
(^^)

Oh ya semalam masa di hospital kami buat procedure macam biasa. Masuk wad jam7 am, dengar report, kemaskan katil pesakit, dan serve ubat bersama staff nurse. Ok laa juga. Lepas tu mandikan baby dan buat top and tail. CUma semalam sikit sajalah baby. Dalam 8 orang gitu. Sekejap saja siap. Dalam jam10 sudah siap. Then, keboringan mula melanda. bagi menghilangkan rasa boring tersebut, kami pun bersoal jawab tentang common ubat yang digunakan dalam wad such as nifedipine untuk anti Hypertension, augmentin untuk antibiotic, gelusil untuk perut, ponstan ubat tahan and so on lah. Then duduk rehat pi makan. Masa makan kami bersama dengan Doctor wad tu. 2 orang Dr perempuan. Dia tanyalah kalau degree nurse keluar terus dapat kerjakah? Maka kami pun menjawab "Eh tidak juga. Kena cari kerja sendirilah. Kalau student bawah tajaan JPA mungkin senang sikitlah dapat kerja". Oh kata Dr tuh. Dr dia pun baik. hehe. Tanpa disedari masa pun sampai ke jam 2pm dan kami pun berlari pulang. Muahaha...

google

HARI RABU

Hari ini kami sampai lambat ke hospital kerana bus lambat datang dan juga ambil jalan jauh untuk sampai ke hospital. Maka masuk wad pun lambatlah juga. Dan lepas saja dengar report dan serve medication, kami diajar oleh staff nurse wad tersebut tentang bagaimana untuk dilute ubat untuk baby. Kesian tau tengok baby yang ada branula di tangan macam gambar di bawah ni.

google

Bila masuk ubat baby selalu akan nangis. Sakitkan. Tanya sama staff nurse kenapa baby ini perlu ubat? Staff nurse kata sebab Mama dia leaking (pecah ketuban awal) time pregnant dulu tapi lambat bersalin. So kenalah bagi ubat antibiotic via branula ni. Oh saya bilang. Tapi saya pun masih blur lagi sebenarnya. Heheh. Tapi tidak sempat untuk bertanya lebih lanjut sebab CI kami datang suruh mandikan baby dan buat top and tail. Malar buat procedure tuh hari-hari tapi best. Cuma setiap kali angkat baby tuh takut jatuh sebenarnya. Huhu. Lepas buat procedure tuh kami rehat dan sambung kerja semula. Bukan buat apa pun cuma baca pesakit punya history and diagnose. Bincang-bincang dengan kawan-kawan. Dan pada masa itu saya saaaaangatlah mengantuk. Aduih. Mata jadi makin sepet. 

google
Dekat-dekat tengah hari tu saya dan kawan saya mau tengok Dr buat CTG yakni Cardiotocography yang digunakan untuk monitor fetal or baby punya heartbeat dan mau tengok uterine contraction seorang pesakit itu. Bila kami sampai sana eh rupanya Dr sudah siap buat CTG terus kami minta ajar lagi macam mana mau buat CTG ni. Oh rupanya letak di atas perut mama dan balut saja pastu ada kertas akan keluar. Tapi kami tidaklah pandai baca apa yang ada dalam kertas tu. hehe. Dr tu baik dia chinese. (^^). 

CTG machine
Lepas tu kami pi solat zuhur dan terus masuk wad semula. Bila masuk wad tengok ada Dr lain buat procedure lain pula. Kami pun tumpang sekaki melihat procedure tersebut. Saya tanya kawan saya Dr bua procedure apa? Dia kata Dr mau induce labour (merangsang dia untuk bersalin) seorang pesakit ini. Mungkin sebab sudah terlebih dari expected delivery date dia kot. Saya pun tidak pasti sebab kami lambat datang. Bila tengok Dr tuh buat procedure dia masukkan jari dia ke dalam vagina ibu tu. Uhh sakitnya. Dia buat seperti pic di bawah.

youtube
Bila tengok muka ibu yang mengandung tu saya pun terasa pula sakitnya. Uhukss. Dr tuh mau cek bukaan rahim dia dan juga mau masukkan ubat untuk induce labour iaitu oxytocin (if i'm not mistaken)  melalui vagina dia. Memang sakit lagi-lagi time ibu tu mengandung. Fuu. Tarik nafas dalam-dalam saja kami tadi. huhu. Rasanya itu saja kot yang menarik pada hari ini dan semalam. Ok lah. Mau sambung buat kira-kira yang tidak siap-siap lagi sejak hari isnin lalu. Haha. OK. Wassalam.

google


P/s : Esok kami shift petang. (^^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...