Tempat : Hospital *****ang
Masa : 7am-2pm
Tarikh : 4 April 2011
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Cewah skema laa pula. Haha. Oh ya pada hari ahad yang lepas kami telah kembali semula ke UiTM Puncak Alam Selangor dari Tanjung Rmbutan Perak dan telah selamat sampai ke kolej pada jam 8.30pm. Lambat sampai sebab singgah di Tapah sekejap. Hehe. Smoga berjumpa lagi Perak! :)
| bas baru uitm khas untuk Puncak alam dan Puncak perdana (^^) |
Dan pada hari ini yakni pada pagi ini kami meneruskan semula praktikal di hospital sekitar KL la pula. Bangun jam 4 pagi, mandi dan bersiap, ulangkaji sekejap (tiba-tiba rajin) dan berjalan menunggu bus dalam keadaan pagi yang hujan dan sejuk. Uishh sedap tidur time ni. Sampai dalam bus nyenyak tidur. Buka mata saja sudah sampai hospital. Haha. Bagus bagus. Sesampai saja di hospital kami blur buat seketika. Saya pun lama tidak praktikal di hospital ni. Last pi sem 2 dulu. Cari surau pun sesat-sesat sekejap. Haha. Dan akhirnya kami pun masuk wad dan lapor diri kepada Sister wad tu. Ketua kami yang wakil lapor diri pada Sister. Mula-mula blur juga dalam wad tu sebab first time masuk wad Obstetric yang merupakan wad untuk ibu-ibu mengandung dan yang telah melahirkan anak.
Bila tengok baby yang baru lahir, kecil dan lembut aduii tiba-tiba sebak hati saya. Hampir-hampir menitis air mata. Entah kenapa. Mungkin kerana teruja melihat baby baru lahir yang sangatlah suci murni dan pada masa yang sama takut mau pegang. Hehe. Serius lembut baby punya kulit. Bila ada seorang ibu tu minta tolong angkatkan anak dia letak di sebelah dia sebab dia tidak boleh bangun. Ahh sudah cuak dan risau hati saya bila pegang baby yang real dan baru lahir. Dan saya pun berjaya mengangkat baby itu. Hehehe. Suka suka. (^^)..
![]() |
Lebih kurang dekat-dekat jam 8.30 tu kami pun pi mandikan baby dan buat top and tail. Ini lagi bikin jiwa rasa gelisah. Bukan apa sebab ini first time kami mandikan baby sebenar. Semua pun lembut-lembut. Baru tu ada lebih 10 baby berbaris ambil turn untuk dimandikan. Nasib baik kami punya CI aka clinical Instructor sudah sampai. Maka kami pun mula mandikan baby. Mula-mula CI kami tunjuklah dulu. Masa lab dulu pun ada jugak buat praktikal Cuma lupa sudah. Hehe. Dan saya yang first mandikan baby. Takut jugak sebenarnya. Hehe. Tapi kena juga beranikan diri. Dan yang pasti semua baby yang dimandikan akan menangis. Sejuk kot. Hehe. Semua pun comel comel belaka. Pipi dorang bulat-bulat. Heheh. Dan setelah akhirnya berusaha sedaya upaya memandikan baby yang sungguh ramai itu tugas itu pun selesai pada jam 11 am. Wahh lama kan. Kalau staff nurse buat sekejap saja. Yalah sudah pro orang bilang. Hehe. Kami kan
Cuma amatur. (^^).
![]() |
![]() |
Lepas mandikan baby, staff nurse wad tersebut mengadakan talk tentang kepentingan penyusuan badan kepada bayi kepada para ibu. Kami pun joinlah sekali. Kenapa susu ibu ini penting? Kerana dalam susu ibu itu cukup segala nutrient untuk baby termasuklah antibody untuk mengelakkan baby dijangkiti penyakit seperti batuk-batuk demam dan lain-lain lagi. Dan ada juga cara penyusuan yang betul kepada bayi iaitu dengan cara C hold. Dan yang paling penting ialah ibu mesti memberikan baby minum susu badan selama 6bulan sekurang-kurangnya dan diteruskan sehingga baby berumur 2tahun. Ow yea~~
![]() |
Sebenarnya saya tengah mengantuk ni. Hehe. Tapi mau siapkan kuiz kira-kira ubat untuk kanak-kanak ni. Dan ia buat saya lebih mengantuk. Rest jap mau blogging. Kihkih. Ok lah. Mau sambung buat kuiz dan terus menidurkan diri apabila mata tidak mampu bertahan lagi. Hehe.
Wassalam semua..
10.43pm
Isnin





No comments:
Post a Comment