30 May 2011

Dysmenorrhea ?

Assalamualaikum semua. Erm tengah tengok Mentor 5 kah? hehehe. Oh ya mau cerita sedikit tentang Dysmenorrhea nih.
Dalam erti yang senang difahami Dysmenorrhea ini adalah menstrual pain aka sakit semasa haid/period. Para wanita mesti tau punya. Tapi ada sesetengah wanita tidak rasa pun sakit time period. Bagus!


Tapi ada sesetengah yang mengalami menstrual pain yang teruk sampai muntah-muntah. Macam sayalah tu. =.=. Tapi lepas muntah rasa lega. Hehehe. Yep sampaikan masuk emergency malam-malam pi minta inject ubat tahan sakit. Saya dulu jarang makan ubat during menstrual pain. Tahan selagi mampu. Bila sampai hospital membulatkan diri atas katil. Boleh pula MA tu tanya staff nurse tu. 'Dia pregnant kah?' Cesss. Hurm Sebenarnya menstrual pain ini boleh di dikurangkan sebenarnya. 

  • Masa saya jumpa Dr time tu dia nasihatkan saya supaya banyakkan bersenam dan bergerak. Supaya bila menstrual pain tu, kita punya rahim kan mengecut aka contraction lah orang puteh bilang. Jadi kalau kita biasa bersenam, so contraction itu tidaklah sakit sangat rasa dia sebab kita sudah biasa bersenam. 



  • Ada orang kata during menstual pain tu cuba berada dalam posisi sujud, atau mendekatkan kaki kamu pada badan kamu seperti pic di bawah. Ya selalu juga buat begini time menstrual pain. Sujud atas katil. Hehehe. Kurang sikitlah. 



  • Dan anda juga dinasihatkan untuk melakukan hot compress aka tuam perut anda dengan air panas. Ambil botol, isi dengan air suam lapis dengan kain tuam atas perut kamu. Ya cara begini (gambar) juga membantu.




  • Anda juga boleh merendamkan kaki anda di dalam air suam. Cara ini boleh melancarkan peredaran darah kamu. Macam saya kalau period tapak kaki dan tangan saya akan jadi sejuk. Macam mau mati saja. Ish~ Lepas rendam rasa lega tau. Serius~ Try lah~ Boleh juga di apply lepas kamu berjalan jauh dan berdiri lama contohnya lepas shopping sakan. haha



  • Masa saya sekolah menengah dulu kalau saya menstrual period, mama saya selalu buat sup halia. Mula-mula saya tidak suka sebab saya tidak suka halia. Lama-lama oklah juga. Rasa nyaman jugalah. Dia untuk buang angin dalam perut. Sebab masa period sakit perut tiada selera mau makan jadi perut masuk angin lagi tambah sakit perut. Tapi masa di Matrik bila sakit perut, saya beli nescafe halia tu minum. Aww nyaman~ ^^


  • Kalau rasa mau muntah time sakit tu, muntah saja. Jangan tahan-tahan. Sebab lepas muntah rasa sangat selesa perut. ^^,
  • Ubat tu ambil last sekali lah. Kalau sudah tidak boleh tahan sangat. Kan ada juga menstrual panadol tu di farmasi-farmasi. Warna pink tidak silap. Saya rasa sepanjang saya period kurang 5x kot saya ambil ubat. Selalunya tahan saja sakit. Hehehe
Ini semua adalah berdasarkan pengalaman saya. Kadang-kadang lain orang lain caranya ya dak? Hehe. Cuma ingin berkongsi. Orait Esok ada hal! Wassalam. :)

4 comments:

  1. wah.:-o..nanti time period nk wat camnie lah.:D..

    ReplyDelete
  2. klu sia time ni mmg skit gila2,memang mau suhu padang pasir..sbb sjuk ja rasa..sujud d katil tu pun sgt mmbntu..sia mmg bt..lpas ni sia mo cba exersice la..klu iktkan xmmpu bdri sda time ni..tp cba dlu..mnatau ok trus..drpd tggu reda sndri..nui,klu mnta injek ub thn skit,teda kesan ka yg naanti lpas kwin tu..heheh[pnjg gla cmen sia nih]

    ReplyDelete
  3. @ipa : bersenam sblm period mah bukan time period.. hehhehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...