Assalamualaikum. Wah saya hampir-hampir terlupa yang hari ini merupakan hari last sambutan Pesta Kaamatan di Sabah.
Cuma pada tahun ini saya tidak berada di Sabah pada untuk Pesta Kaamatan. Tapi, kalau ada sambutan dia pun selalunya bukan saya p pun. Haha. Ramai orang, sesak-sesak, malas ah~ ![]() |
| Mr.G |
Apa sebenarnya Pesta Kaamatan ini? Pesta Kaamatan ini adalah satu majlis sebagai tanda menghormati 'Bambazon' aka semangat padi. Ia selalunya diadakan selepas selesainya musim menuai padi pada bulan Mei. Dalam majlis ini ada beberapa aktiviti yang dilakukan antaranya ialah pertandingan tarian Sumazau, Unduk ngadau dan lain-lain. Tarian Sumazau ini seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Aish lama tidak layan tarian ni. haha. :D
![]() |
| Mr. G |
Kalau Unduk Ngadau pula ialah pertandingan ratu cantik antara wanita-wanita yang tercantik di satu-satu daerah. Cewah. Cantiklah sangat! Eh cantik bah... heheheh
![]() |
| Mr.G |
Mungkin kalau saya ikut Unduk Ngadau ada chance menang ni kan? hahaha. MIMPI saja! Dulu masa kecik kecik ada juga p dewan dekat pekan kami masa sambutan Unduk Ngadau ni. Ada satu persembahan pemujaan semangat padi. Dorang wat atas pentas. Erm saya pun tidak pasti sama ada itu cuma persembahan atau pun upacara pemujaan betul-betul. Masa itu masih budak lagi kan. Tengok sajalah. Ada orang tua berjalan mengelilingi beberapa ikat padi sambil menyanyi. Bukan menyanyi actually, erm lebih kurang bercakap-cakap seorang diri gitu. Biasalah tu adat.
![]() |
| Mr.G |
Kadang-kadang ada persembahan menyanyi dari orang-orang Dusun. Dan selalunya ada dihidangkan tapai or tuak. Bagi yang beragama Islam pandai-pandailah mau fikir ah~ Sebenarnya saya pun jarang p majlis sambutan Pesta Kaamatan. Ramai sangat orang. Huhu. Ok lah~ itulah serba sedikit tentang Pesta Kaamatan juga di panggil Tadau Kaamatan. :)




Okay.. skarang aku mo ckp.. slamat ari gawai.. kah kah kah..
ReplyDeletehahah..
ReplyDeleteya plk lupa hari gawai..
selamat hari gawai.. ;)