14 May 2011

Happy Nurse's Day!!

Assalamualaikum. Seperti yang kita tau, hari ini merupakan Hari Jururawat Sedunia. Saya sebagai student nurse pun inginlah juga berkongsi mengenai sejarah jururawat di persada Islam , Eropah serta Malaysia sendiri berdasarkan apa yang telah saya pelajari masa sem1 dahulu kala di tahun 2008. :)

Korean Nurse

Sebelum kedatangan Islam dahulu kala, wanita Arab digunakan sebagai pengiring kepada pejuang-pejuang semasa peperangan. Antara tugas mereka ialah teguh berdiri di belakang para pejuang dan memerhatikan jika ada tentera-tentera mereka yang cedera dan cepat-cepat memberi perawatan kepada pejuang mereka. Mereka juga bertugas untuk memastikan kuda-kuda mereka dalam keadaan baik. Selain itu, mereka juga memberi semangat kepada suami mereka dan menjaga para tahanan dan prisoner. 

Malaysian Nurse
Selepas kedatangan Islam, mereka masih mengekalkan tradisi tersebut. Para wanita sering mengikuti para Mujahid dalam peperangan Islam pada masa itu. Semasa Perang Uhud, menurut Bukhari, Saiyidatina Aisyah (Radhia Allah Anhu), telah membawa sebuah beg yang  penuh dengan air untuk diberikan kepada para Mujahid yang telah penat bertarung. Semasa Perang Khaibar, separuh daripada sedozen wanita telah bersama-sama berbaris untuk bertempur bersama dengan para Mujahid.

Saudi Nurses


Para wanita ini mengubati luka-luka para Mujahid, mencabut anak panah dari tubuh para Mujahid dan memberi makanan kepada mereka. Rasulullah SAW membenarkan para wanita ini mengikuti mereka semasa Perang Khaibar dan setelah Khaibar berjaya di takluk, Rasulullah SAW telah mengagihkan sebahagian daripada rampasan perang kepada para wanita ini juga.

UK Islamic Nurse


Rufaidah binti Sa'ad ialah jururawat Islam yang pertama yang diketahui. Beliau dilahirkan di Yathrib aka Madinah sebelum penghijrahan Rasulullah SAW. Ayah kepada Rufaidah merupakan seorang Doctor dan Rufaidah mempelajari mengenai perawatan kejururawatan dengan menjadi assistant kepada ayahnya. Dan telah berkongsi ilmunya itu dengan jururawat yang telah dilatih dan bekerja bersamanya. Beliau telah menubuhkan klinik di dalam Masjid dan merupakan pengasas kejururawatan wanita yang pertama. Beliau telah mencipta kod etika yang pertama (kejururawatan) terlebih dahulu daripada Florence Nightingale. Koaiba Bint Saad Al Asla Miya dan Nosaib Bint Kaab Al Mazeneya juga antara Jururawat Islam pertama yang tersenarai.

Indonesian Nurse


SEMASA ZAMAN EROPAH (MODEN)


Florence Nightingale merupakan pengasas kejururawatan moden. Beliau pernah bertugas sebagai jururawat semasa Crimean War. She was also known as 'The Lady with a Lamp'. Sebab dia selalu round malam-malam untuk memastikan para pesakit (tentera) dia dalam keadaan baik-baik. :). Beliau juga telah menubuhkan sebuah sekolah kejururawatan yang bernama Nightingale School for Nurses (1860). Misinya adalah untuk melatih para jururawat untuk bertugas di hospital dan juga memberi pendidikan kesihatan.

 

Clara Barton (1821-1912)






Was a pioneer American teacher,nurse, and humanitarian. She is best remembered for organizing the American Red Cross.

African nurses 
Nursing in Malaya in 1880

Hospital pertama di Tanah Melayu di adalah di Penang dan juga Singapore dan diketuai oleh Pakar Bedah G.Alexander. Mula-mula dulu, Jururawat dari Madras India datang ke Tanah Melayu pada tahun 1886 dengan menaiki sampan dan kereta lembu ke Taiping, Perak. Pada tahun 1887-1903 perawatan pesakit dilakukan oleh para Biarawati Katolik (Nun Catholic) di Pulau Pinang seramai 10 orang. Dan  pada tahun 1900 Sisters dari England tiba di Tanah Melayu dan para Nun itu kembali ke tempat mereka. Pada tahun 1946 Johor Bahru telah menubuhkan sekolah latihan awal kejururawatan dan ini ditubuhkan oleh Mis DN Henderson Leeds. Pada tahun l947 Penang School Nursing ditubuhkan3 sekolah Kejururawatan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1947. Terdapat 16 jururawat dipilih untuk Sekolah Latihan Pendahuluan pertama. Pada tahun 1961 Nursing School Tun Tan Cheng Lock merupakan sekolah kejururawatan swasta pertama untuk Hospital Assunta, Petaling Jaya. Dan 1968 Hospital University pula ditubuhkan. Senarai di bawah merupakan antara sekolah perubatan yang telah ditubuhkan.

•Degree program in Univ. Malaysia S’wak(1997)


Diploma & Degree Program in UiTM (1996, 2005)
Master in Nursing UiTM (Research & Taught Course 2007)
Master in Nursing UM



Japan Nurses
Sebenarnya selain daripada memberi perawatan, jururawat juga berperanan sebagai Teacher tau. Kenapa pula? Sebab, jururawat banyak memberi pendidikan kesihatan kepada pesakitnya. Selain dari itu jururawat juga bertindak sebagai communicator, leader, counselor dan juga advocater. Bukan sekadar jururawat ya. Kalau anda memang seorang jururawat mesti lebih faham. :)
Philipines nurse

Jururawat itu kerja yang mulia andai kita punya niat yang betul. Ya dulu masa sekolah saya tidak pernah pun terfikir untuk memilih Nursing sebagai course pilihan saya. Lepas matrik masa isi UPU fasa kedua barulah saya pilih nursing. 3 pilihan pertama tu semua nursing. Saya pilih UiTM, USM dengan UM tidak silap. Alhamdulillah dapatlah UiTM ni. :) Ya masa mula-mula sem 1 dulu saya hampir tukar course. Saya rasa bosan sangat bila belajar dalam kuliah. Bila masuk praktikal baru rasa seronok, dapat tengok keadaan orang-orang si hospital. Jadi saya kena teruskan juga langkah yang saya pilih. Sepatutnya tahun depan (2012) saya sudah grad. Tapi sesuatu berlaku yang menyebabkan saya grad pada 2013. Tidak apa. yang penting grad kan? Hehehe. Ok lah itu saja mau share sebenarnya. Wassalam~

4 comments:

  1. owh.. baru taw yg hari ni hari nurse sedunia.. btw, Happy Nurse Day kat awak. ;)

    MySuaraBlog: Jangan Hina Mereka!

    ReplyDelete
  2. good job.bagusla ba tu jd nurse.hehe.sda follow.nnt follow balik k.<3 :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...