Assalamualaikum. Esok hari Jumaat! Yeayy~ ^^. Oh ya cerita tentang hari ke 2 3 dan 4. Yah praktikal berjalan seperti biasa. Measure Visual Acuity, Dilate eyes, cek ECG erm dan itu sajalah saya rasa.
Saya cek jugalah mata saya dekat klinik mata ni. Student UiTM Optometris pun ada juga praktikal dekat klinik tu. So, minta tolong dia cek power mata saya. Power kanan 975 silau 350. Power kiri 550 silau 125. Erm memang itulah saya punya power/degree mata. Sikit lagi mau seribu. Dan power both eye pun tidak sama. Lupa saya apa term dia ni. Lepas tu dia cek dalam mata saya guna Photo Funduscopy. Mesin ini digunakan untuk melihat di belakang mata kita. Maksudnya dia akan gambar dalam mata kita lah guna mesin tu.![]() |
| contoh belakang mata manusia yang abnormal |
Result bagi mata saya guna Photo Funduscopy tu ok lah dia kata. Hehehe. Biasanya pesakit yang datang kebanyakannya mengalami conjunctivitis, glaucoma dan cataract. Ada pesakit yang mata dia dicakar kucing kena shuttlecock badminton dan macam-macam lagilah. CUma yang common datang ke klinik kerana sebab-sebab di atas tu.
![]() |
| Cataract |
![]() |
| Glaucoma |
![]() |
| Conjunctivitis |
Conjunctivitis ini penyakit berjangkit tau. So kenalah jaga kebersihan semasa mendapat penyakit ini. Janganlah sebarkan pula kepada ahli keluarga lain. Dulu masa budak-budak orang selalu kata kalau orang tu sakit mata jangan tengok mata dia nanti berjangkit. Haha. Bukan macam tulah dia berjangkit. Contohnya macam kamu gosok-gosok mata yang sakit. Lepas tu tidak cuci tangan salam pula dengan orang lain. Orang lain pula gosok mata dia. Maka berlakulah penghijrahan jangkitan. Hehehe.
Bila tidak ramai pesakit kami pi lah di Klinik ENT (ear nose and throat), sebab sana pun ada kawan UiTM juga praktikal di sana. Tengok Dr keluarkan 'najis' telinga dari pesakit. Wahh. Rasa gerun pun iya juga. Sebenarnya yang dikorek telinga tuh pun kawan-kawan juga. haha. Bosan-bosan ceklah telinga rupanya ada lombong kat dalam. Hehehe. So Dr pun keluarkanlah. heheh. Saya pun cek telinga juga. Telinga i bersih ok! Cuma yang sebelah kiri nilah Peforated Tympanic Membrane. Oh ya nama mesin tu ialah Otoscope. Ada camera dekat hujung pen dia. Gambar/video akan keluar di tv. Tiba-tiba rasa kebaru-baruan pulak. haha
![]() |
| Otoscope |
Hmm ok lah itu sajalah buat 3 hari tu. Wassalam.
Esok last!
(^____^)





Wah sioknya punya experience
ReplyDeletehehe.. best jg laa.. hehehe
ReplyDelete