Tempat : Hospital **********
Masa : Opis Hour
Wad : Klinik Ophtalmology (Eye)
Assalamualaikum. Hari ini merupakan minggu kelima kami berpraktikal. Minggu lepas start balik lepas exam. Tapi saya malas mau tulis pasal minggu lepas punya praktikal di hospital lain. Agak membosankanlah jugak. Keh3. Hari masa masuk wad agak malu-malu pada mulanya. Haha. Tiba-tiba. ;p Tidaklah masa mula-mula masuk wad tuh kami diberi orientasi mengenai klinik mata di sana. Then perkara pertama yang kami harus kuasai adalah cara-cara men'cek' (betulkah perkatan ni?) visual acuity pesakit dengan menggunkan Snellen Chart seperti di bawah.
Mula-mula blur sikitlah sebab ni belajar masa sem 3 dulu. Nasib baik MA (medical officer) tuh baik tunjuk kami. ^^. Procedure ini adalah untuk mengukur ketajaman penglihatan pesakitlah setakat mana yang dia mampu baca huruf yang tertulis. Biasanya procedure ini di buat dalam jarak 6 meter. Tapi kalau pesakit tuh masih juga tidak nampak, kita akan anjakkan dia 1meter kehadapan dan seterusnyalah. Kalau dia tidak nampak juga dalam jarak 1meter, kita akan buat counting finger iaitu kita akan suruh pesakit kira jari kita berapa dalam jarak kurang dari satu meter. Dan ada jugak pesakit yang masih juga tidak nampak. Kalau macam tu kita akan buat hand movement (seperti melambai ke arah pesakit) dan tanya sama ada pesakit tu nampak atau tidak. Kalau tidakkk juga nampak tarik rambut pesakit tu. hahaha. Gurau k! Ramai jugalah pesakit datang pi klinik mata hari ini sebab hari isnin kan. Lepas beberapa jam, saya dan seorang kawan telah ditarik untuk assist MA buat Tonometry.
Tonometry ini adalah satu procedure untuk mengukur tekanan dalam mata. Yang ni MA yang buatlah kami just tengok saja. tapi sebelum buat Tonometry ni kami akan letak Alcaine dulu. Alcaine fungsi dia adalah sebagai topical anesthetic atau untuk mengurangkan sakit sebelum procedure ni dijalankan. Ni ubat titis mata tau. Kadang-kadang kami yang bagi, kadang-kadang MA yang bagi. Lepas bagi Alcaine baru buat tonometry untuk cek tekanan dalam mata. Lepas tuh kena bagi ubat titik mata yang lain lagi iaitu Mydracil (Tropicamide) dan Mydfrin dan kedua-dua ubat ini adalah untuk dilate (kembangkan) pupil aka anak mata kita. So hampir sepanjang hari inilah kerja kami. Tapi tadi memang sangat ramai pesakit. uu
Oh ya saya suka bila check pupil pesakit tengok sama ada dia sudah dilate atau masih kecik lagi. Guna penlight tapi untuk lebih hebat lagi guna torchlight. hehe. Kalau lambat dilate biasanya akan ditambah lagi ubat titis mata tu. OH tadi ada satu peristiwa yang amat mencabar bagi saya. Ada seorang budak ni mau cek mata so kenalah dilate kan pupil dia. Budak ni dalam 4tahun gituh. Female. Bila mau bagi ubat mata dia tidak mau. Nangis kuat-kuat dia. Dia siap gigit tangan mama dia lagi. Uuu. Saya try laa pujuk dia guna gula-gula. Nasib baik klinik tu ada gula-gula. :D. Lepas saya bagi dia gula-gula dia tidak mau pula letak ubat. Aish maka terpaksalah kami memegang tangan dan kaki dia. 4 orang kot yang pegang dia. Dan saya tukang letak ubat titits mata. Lepas bagi ubat tu. Meraung-raung dia. tarik-tarik baju mama dia. Sampai satu klinik tu dengar, pesakit lain pun mula menjenguk-jengukkan kepala ke arah ku. Aduh akoo tidak besalah! haha. Then saya ambil lagi 5 biji gula-gula (up skit!) bagi dekat dia sumbat di mulut dia terus dia diam Haha. Bukanlah sumbat cuma bagi dia makanlah sebijik sebijik. Barulah aman sikit klinik. hehehhe.
![]() |
| 1 Malaysia?? |




Alamak!!! Punya panjang ceritamu...
ReplyDeleteSelamat berpraktikal... :D
noi, MA = medical assisstant...;)ke mmg MO..??? typing error..??
ReplyDeletehaha yakah zurina j? ;)
ReplyDeleteehh aah laa lydia.. typo. MA = Medical Assistant hehehe :D
ReplyDeletei like yr info dear....gudlux for this pratikl ya!!!chayok2...
ReplyDelete@meera : alah tp xboleh lawan SN Azmera laa hehehe :D
ReplyDelete