Asslamualaikum. Sekarang jam menunjukkan 1.25am. Dan saya belum tidur lagi. Kenapa? Sebab saya tidur sangat nyenyak pada waktu siang tadi. Erkk. Tapi macam mana mau tidur dengan lebih nyenyak? Aisehmen. Saya bukan jenis yang mudah untuk tidur tau. Bukan jenis yang terus tertidur apabila beradadi atas katil. Kadang-kadang perlukan masa dalam 15-30minit berbaring-baring baru boleh tidur. Pernah satu ketika saya tidak boleh tidur setelah sejam lebih berguling-guling atas katil. Tertekan jiwa. Terus bangun balik p study. Haha. Tapi kalau penat sangat memang terus syahid lah. hehehe.
Ini antara yang boleh dilakukan untuk mendapat tidur yang berkualiti. :).
- Pastikan anda ada feeling untuk tidur. itu penting. Kalau tiada feel mau tidur memang akan tergolek-goleklah anda di katil menanti feel itu datang.
- Pi basuh muka cuci gigi (kalau rajin) dan cuci apa-apa yang patut tapi jangan cuci kain kalau mau tidur. Nanti berpeluh-peluh susah mau tidur. Hehe. Oh ya dan ambil air wuduk sekali ya. :)
- Lepas tu pi tengok cermin then senyum puas puas dan cakap dengan cermin SAYA BOLEH!!. Kompem roommate kamu akan rasa seram dengan kamu. hahahaha. Gurau k! hehe. Pi Minum air sikit.
- Pastikan environment kamu itu menyelesakan. Tutup lampu kalau tidak boleh tidur dengan cahaya. Kalau takut tidak payahlah tutup lampu. Nanti lagi tidak boleh tidur. Hehe. Then kibas tilam kamu 3 kali. Ini antara sunnah Rasulullah SAW tau. "Apabila seseorang kamu masuk ke tempat tidur hendaklah ia mengibaskan tilamnya, kerana ia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya." -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim - Pastikan ada mp3 sebelah kamu ya. :D
- Lepas tu baringlah. Baca doa tidur. بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْياَ وَأَمُوتُ “Dengan nama Engkau YA ALLAH aku hidup dan mati ( diriwayatkan oleh Bukhari). Baca juga Al-fatihah, 3 Qul dan ayat Kursi. Itu pun kalau rajinlah. Hehe.
- Sumbatkan earphone mp3 ke telinga anda. Eh jap pastikan dalam mp3 tu ada dimasukkan Surah Al-Mulk dan As-Sajadah dan juga zikir-zikir lain. Dan hayatilah ia. Yang Surah tu baca sekalilah kalau hafal. Ataupun boleh baca sebelum baring di katil. Hehe.
- Pakai ini juga. Eye mask. hehehe. Tidak pakai pun ok. hehe
- Oh ya dan pastikan juga anda telah memasukkan music for relaxation dalam Hp or mp3 anda seperti di bawah:
best~
Mirae piano version. baek punya~
my memory piano version. aww
KCB ost. best~
Download mp3 nya dan save dalam mp3 atau henpon anda. Dan layanlah lagu ini dengan mata yang terpejam. Pilihlah lagu-lagu yang kamu suka yang rhythm dia slow and steady. Wahh. Try la. Buat Relaxation Technique pun ok jugak. Hari tu buat Relaxation Therapy wahh memang tidur lena i cakap. Dengan lagu yang mendayu-dayu sambil buat pergerakan seperti yang dinyatakan dalam web tu. Wahh dalam masa 5minit sudah boleh terlena. :D.
Tapi kalau korang jenis yang senang untuk tidur oklah. ehehe. Saya susah sikit mau tidur. Huhu. So kenalah buat beberapa perkara di atas sebelum tidur. Hehehe. ermm rasanya saya punya feeling mau tidur sudah menjemputku. Oklah. Mau tidur dulu. Wassalam. :)
P/s : Jangan lupa set alarm untuk Subuh tau. :D



wah..konfem malam neyh tido lena trus
ReplyDeletehaha
haha.
ReplyDeletesemoga tidur lena ya Hana. :D
Nice tipss. Tp i heard klu dgr MP3 lagu2 tu sbnarnya tidur kita tidak lah berkualiti, sebab otak kita bekerja, walaupun kita x dgr kot lagu tu masa kita tdur. Xtau la.
ReplyDeleteKalau surah2 tu mmg ok lah. Lagu je kot x ok.
yakah?? wahh. satu info baru ni. :) tengs cinoi. :)
ReplyDeleteNui, sy jnis yg senang tidur..mcm kucing...muahahaha
ReplyDelete@yana : saya susah mau tidur tu kecuali kalau penat sgt :D
ReplyDelete