04 June 2011

Kawan Sekolah dan Blog (2) :)

Assalamualaikum. Tadi saya ada buat Kawan sekolah dan blog kan? Bukan apa saja tolong kawan promo sikit. :D disamping memperkenalkan kawan-kawan saya yang ada blog dan update selalu. 


TheBeybeh Awang kawan SMUIT dulu. Dia dulu duduk belakang. Kira kamceng jugalah dulu. Tapi saya tau dia seorang gadis yang pemalu (Yakah? Hahah). Dia ni silap-silap boleh lawan Hana Tajima nih! haha


Ada satu si kawan yang bernama sungguh panjang iaitu Nor Haza Arifa Ain. Mesti lambat ni kalau isi borang OMR masa exam. haha. Kawan SMUIT juga. Dulu dia duduk belakang saya. Kalau tidak silap dia penolong ketua kelas. Eh err lupalah sudah. 9tahun yang lepas kami satu kelas kan Ipa? hehehehe


Yang ni saya punya senior di SMUIT juga. Baru juga dia kahwin. Wah tidak sangka padahal dulu sama-sama dalam bilik berpot pet pot pet. Haha. Tua setahun saja dari saya. So tidak panggil kakak pun. Nanti rasa lain. haha. Giisauuu staff nurse di.. ermm tidak tau di mana tapi di Shah Alam lah. ehehehe


Ni kawan saya paling lama bersama dengan saya. Tapi jantina dia lelakilah. Dari sekolah rendah darjah 1 sampai Form 1 satu kelas dengan dia saja. Gaduh tu jangan cakaplah. Hari-hari! haha. Tapi kami dulu geng! :D Lepas tu jumpa balik di Matrik. Lepas tu kami gaduh tidak mau berkawan lagi! hahahaha. Tidaklah! Gurau! selalu saja contact tru fb. hehehe bakal Cikgu Angkol WanTanHo. 


Haa yang ni pun berjantina lelaki. Haha. Macam pelik guna jantina kan. Habis tu mau guna apa lagi kan? hehehe. Yang ni nama dia Cipol. Kawan di SMAKK. Padahal di sekolah dulu tidak pernah bah kami bercakap. haha. Yalah budak sekolah agama. Baik baik belaka. (^^). Sekarang aktif ja berbalas komen di fb. hihihih. Ini juga bakal Cekgu ni. :D


Ahaa ini saya kenal masa di Matrik Labuan. Namanya ialah Zila. Study MSU di Shah Alam. Satu kelas gitu. Nakal eh budak ni. Masa di Matrik dia nampak saya nangis sebab failed test 1 Chemistry. haha. Malu oh! Masa terlantar di wad hospt Selayang pun dia datang juga. Terima kasih kawan. ^^,


aaa~ yang ni saya punya sepupu, jiran depan rumah dan juga schoolmate. Bapa kami adik beradik. haha. Kawan cuci pinggan bila ada kenduri di rumah sepupu. Haha. UgouAdnan. ^^. Sekarang tengah study Medical Lab Technology di UMS. Kalau tidak silaplah. hehehe. 


yang paling last saya punya senior di SMAKK dulu. Kurus ni dia dulu ni. Percayalah. Haha. Komfem dia tidak kenal saya dulu masa di sekolah. Kenal dia pun sebab dia orang Keningau orang bagitau. haha. Di facebook baru terserempak itu pun hampir-hampir salah orang. Sekarang sudah kerja di hospital. Cleaner kali kah? Haha Inspektor Kesihatan ya jangan main-main pegang pistol ni Inspektor ni. :D


Wah kira ramai juga ah kawan saya yang jadi blogger nih. Heheh. Semuanya pun more to personal blogger actually. Samalah kita. Hihihi. Ni belum masuk kawan UiTM nih. Wahh. Tunggu ya kawan-kawan! (^^)

P/s : JOm poya-poya esok! :D

10 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...