Assalamualaikum. Tadi pagi jalan-jalan pi Shah Alam. Saja-saja jalan sebelum balik Sabah.
Sekali ada Pameran Pengantin di PAS Shah Alam. Ehh macam menarik tau. Haha. SO kami pun pusing-pusinglah tengok kad-kad kahwin yang dijual. Cantik-cantiklah. Hehe. Orang bagi pamphlet kami terima dengan hati yang terbuka. Oleh kerana cantik, saya pun mengambil gambar mereka. Eh bukan mereka, kad-kad itulah.| cantek! |
| comel-comel belaka! |
| ini pun sweet~ |
Tapi masa tanya-tanya orang tu kedai dia di mana, dia tanya kami. "bila plan nak kahwin ni?" haha. Kami pun cuma tergelak. Kawan saya cakap "Mana tau dalam cuti 3 bulan ni ada Majlis kan Noi?" haha. Ok fine sindir i. bukan apa sebab saya yang beriya-iya mau ambil gambar tu semua. Haha. Lepas puas pusing-pusing di sana, duduk jap di kerusi. Tiba-tiba adalah seorang budak (muda dari saya kot) promoter ni jual buku budak-budak. Saya layan jalah mengisi masa lapang.
Dia jual buku cerita English untuk budak-budak. Dia kata 'akak boleh beli untuk anak-anak'. Saya pun terus cakap 'saya tak kahwin lagilah'. 'bagilah kat anak buah' 'Saya tiada anak buah'. 'Bagi kat adik ke'. 'Adik saya dah besar'. haha. Sia-sia promote barang dengan saya. Buang air liur saja. hihihi. Kawan saya pun cakap 'Kita ni nampak tua sangatkah sampai orang tanya bila nak kahwin dengan tnya pasal anak'. Pelik kami. Oklah kami terima 'kematangan' wajah kami. Haha. Yang penting jiwa muda maa~ (^^)/
Wassalam.
P/s : Pusing-pusing pkns jumpa budak Puncak Alam saja. Errkk

No comments:
Post a Comment