07 July 2011

Andai Kau Jodohku.



Assalamualaikum. Hari ini cuma tinggal saya dan mama dirumah. Tengok Winter Wipeout di AXN sambil gelak-gelak. haha. Lepas tu saya sambung balik kerja. Baru taip 6 muka suratn. Nasib baik ada assignment lama bapa saya. Boleh tiru-tiru sikit. Haha. Ehh ini pun mau ceritakah? Biarlah bah. Blog saya bukan blog kamu. Lagipun bukannya saya mencarut pun dalam ni.  Amboih garangnya. ^^. Oh ya tajuk di atas tu merupakan novel yang saya baru habis baca minggu lepas. Baru sekarang sempat review. Ia merupakan hasil karya Liza Zahira



RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.
Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.
Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!



Liza Zahira ni macam pernah dengar saja namanya dalam lingkungan penulis Alaf 21 ni. Bila korek-korek balik rupanya beliau merupakan penulis novel Impian Kasih. Ya saya pernah baca novel dia yang ini. hehehe. Best~ Dulu masa time sekolah menengah saya sangatlah kaki novel tau. Selalu baca novel kakak saya yang kebanyakkanya Alaf 21 punya. Banyak sangat dibaca sampai kadang-kadang kita boleh agak ending sesebuah novel tu. Tapi bagi novel Andai Kau Jodohku ini ending dia tidak seperti yang saya jangka. Saya suka si Danish Haiqal dalam novel ni. Tapi.. ah kamu bacalah sendiri. haha.

 Novel ini lain sikit dari novel cinta-cinta yang lain sebab dalam cerita ini dia masukkan sekali cerita thriller dan sampai saya rasa kadang-kadang cerita dia dekat-dekat sama dengan RAM punya novel. Tapi tetap ada beza lah dengan novel RAM. Bila baca part yang thriller tu meremang juga bulu roma. Sudah lah malam tu tidur sorang. Tidur tidak lena terus malam tu. haha. Tapi ok lah. Ada kelainan. Ending dia pun lain. ^^. Oraitlah sambung kerja dulu. Wassalam.

P/s : Hadirlah ke dalam jiwaku saat aku merindumu...... -Liza Zahari-

4 comments:

  1. hahaha...Mmg hantu novel la nie?

    ReplyDelete
  2. DUlulah. sekarang layan novel thriller saja. haha. Novel cintan cintun sudah jarang :D

    ReplyDelete
  3. saya hnya suke drama atau muvee yg diadaptasi dr novel je...hahahaha..kalo bace novel pnjg sgt...kdg2 bce skerat je pastuh dh x baca2....

    ReplyDelete
  4. Hahaha, try la novel thriller. best! :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...