Assalamualaikum. Pagi tadi bangun lambat sebab malam tadi tidur lewat. Jam 3 lebih baru tidur. Nasib baiklah cuti. hehehe. Bangun-bangun makan nasi lemak online sebentar. Eh tengok-tengok sudah tengah hari rupanya. Seperti biasa sebagai seorang surirumah, saya harus masak. Mula-mula mau masak ayam masak lemak. Maka saya pun search lah Ayam Masak Lem..on. Haha. Ternampak saja resipi itu terus rasa mau cuba. Ya harus dicuba! Ada banyak sebenarnya resipi dia. Berbagai cara memasaknya. Cuma saya ambil cara yang paling simple untuk memasaknya. Hehehe Bahan-bahannya ialah :
Bahan-bahan untuk digoreng:
- Ayam (dipotong ikut suka hati)
- Telur
- Tepung Gandum
- Lada Hitam
- Garam
Bahan-bahan untuk sos lemon :
- Sebiji lemon (diperah)
- 1/2 sudu Tepung Jagung (larutkan dengan air sikit)
- Gula
- air
- Pati ayam
- Jus sunquick (tapi saya tidak letak pun)
- 1/2 biji Bawang besar
- 3 ketui bawang putih (ditumbuk hancur)
Cara -cara :
- Ayam diperap bersama lada hitam dan garam. Perap dalam 1/2 jam ok lah tu.
- Bila sudah perap, lumurkan dengan telur itu tadi dan kemudian lumur lagi dengan tepung gandum pula.
- Panaskan minyak dan goreng. Angkat ayam dan letak atas pinggan. Jangan lupa lapis dengan tisu. Untuk serap minyak.
- Untuk sos pula, panaskan minyak, dan masukkan bawang besar dan putih. Bila sudah naik bau, masukkan air perahan lemon tadi.
- Masukkan juga tepung jagung tadi. tepung jagung ni fungsi dia untuk pekatkan sos.
- Tambah gula kalau tidak suka masam sangat. Masam sangat pun pelik rasanya nanti.
- Tambahkan juga Pati ayam naa.
- Kalau pekat sangat sos kamu, tambah air supaya tidak pekat sangat.
- Bila sudah mendidih, tutup api dan curahkan sos lemon tadi pada ayam. Siap untuk dihidangkan! ^^
Masa buat tadi, bila goreng ayam tu bau dia macam bau ayam KFC tau. Suka i. Tapi masa masak sos lemon tu. saya punya kuah punyalah pekat. Berketul-ketul terus. Haha. Bukan apa sebab saya pakai 2 sudu makan tepung jagung apa tidak pekat kalau gitu. Maka saya pun tambah banyak-banyak air untuk jadikan dia cair. Hehehe. Ini first time saya buat tau. Berjaya juga. Kalau mau ayam nampak lebih bersemangat (haha) u perapkan dia sekali dengan kunyit sikit. Tapi tadi lupa saya letak kunyit. ehehe. Sedaplah juga. Mama saya suka makan. Selamat mencuba! ^^,
P/s : Cikgu Form 5 saya ajar dulu, setiap kali basuh sayur, ayam ataupun beras, bacalah selawat. ^^,
mcm sedap je..hehe..leh try resipi ni :)
ReplyDeleteTry fieha! senang ja :D
ReplyDeletew0oaahhh..na try gak lahh..:D
ReplyDeletesila sila :D
ReplyDelete