07 July 2011

Perumpamaan ilmu dan Air Laut.



Salam. Update sekejap sebab otak sudah tepu melihat dasar-dasar pentadbiran awam, politik, teori dan sebagainya. Bagi saya ini suatu benda aneh. Dari Nursing saya terjun ke pentadbiran awam. Suka lagi saya study tentang penyakit-penyakit dari pentadbiran awam ni. Bukan makanan gua lah pentadbiran awam ni. Mau juga saya pakai logik akal semata mengenai tajuk ini tapi kesianlah c kawan nanti dapat 0 markah. Haha. Tapi serius saya ingat tajuk ini senang. Rupanya susah. 




Ya betullah orang kata, seorang Doctor mungkin pintar tentang perubatan segala, tapi belum tentu dia pandai dalam pertukangan kan. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Kita tidak boleh mengelaskan seseorang itu berdasarkan pekerjaan ataupun level of education dia sahaja. Jangan kerana dia seorang Doctor, Architect, Engineer, Pilot, Lawyer dan yang sewaktu dengannya itu kita anggap dia tau segalanya. Kita pandang dia tinggi. Tidak! Masing-masing ada ruang cakupan ilmu atau kemahiran dia sendiri. Kecualilah kalau dia belajar semuaaa yang ada di dunia ini atau pun dia seorang yang Genius tahap dewa punya.



Jangan pandang rendah pada yang kerja-kerja yang biasa seperti petani, nelayan, cleaner dan lain-lain. Tanpa cleaner, siapa yang akan bersihkan tempat-tempat yang kotor? Habis kotor dan busuk negara kita nanti. Tanpa nelayan siapa yang akan bagi kita ikan? Ingat ikan akan rela hati menyerahkan dirinya kepada kitakah? Tanpa petani ingat senang mau dapatkan sayur? So kita kenalah bersyukur tau. Jangan cuma tau memandang sinis pada golongan ini. Walhal dulu kita kecik kecik pun bukan hidup senang. Bila sudah besar dan berkerjaya hidung tinggi pula. LOL. Manusia manusia. Bersyukurlah dan belajarlah menghormati orang lain. Ilmu yang kita ada sekarang ni di ibaratkan seperti setitis air jika dibandingkan dengan laut yang luas. Bayangkanlah setitis air saja. So janganlah berlagak bila sudah berada di atas naa.  Oklah mau sambung balik kerja. Wassalam.



P/s : Kena banyak baca buku lepas ni! :)

4 comments:

  1. geyla la c Kak Nunui.. mo blajar smua perkara.. relax ko.. sama ja prinsip ilmu tu.. masing2 ada fakta dia.. n fakta dia boleh cari.. maka,cari la.. Hahaha..

    ReplyDelete
  2. Haha.. yang mau cari tu yg payah sikit tu. ini lah ni kalau pemalas. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. hihi..sy baru cita pasal cleaner..yup, setuju tu nui..;)

    ReplyDelete
  4. Haha sy pun baca tadi entry ko :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...