29 October 2011

2nd National Nursing Student Symposium 2011 @ UIA Kuantan, Pahang



Assalamualaikum. Seperti yang saya katakan sebelum ini, beberapa wakil dari UiTM Puncak Alam telah menghantar wakil untuk menyertai 2nd National Nursing Students Symposium @ UIA Kuantan, Pahang. Kami bertolak dari Puncak Alam lebih kurang jam 4 pagi (waw)pada 22 Okt 2011 bersamaan dengan hari sabtu  dan sampai di sana sekitar jam 8.30 am. Hehehe. Syok ah tidur sepanjang perjalanan. Sampai saja di sana, terus daftar dan masuk dewan kuliah.








Dan seperti biasa dalam program ni ada ceramah, forum dan sebagainya. Satu yang saya tertarik di sini ialah forum dia yang betul-betul buat saya tidak boleh tidur. Semangat Nursing membuak-buak! Membincangkan tentang kenapa ramai graduan ijazah kejururawatan yang masih belum dapat bertugas sebagai jururawat lagi. Time tu ramai sangat yang bertanya pihak ahli panel forum sampai tidak terjawab. Tapi betullah isu ini semakin lama semakin berat. Satu persoalan saya, KENAPA BUKA COURSE UNTUK IJAZAH KEJURURAWATAN, TAPI TIDAK MENERIMA KEMASUKAN GRADUAN KE DALAM HEALTH CARE INSTITUTION? Kasihanlah kami ni. 4 tahun memerah otak dalam course ini tapi alih alih tidak diterima masuk ke dalam arena kerjaya sebagai nurse. Even budak yang ditaja oleh biasiswa JPA pun susah mau dapat kerja. Hurmm. tapi Insya Allah akan dibawa ke pihak atasan. Jutaan penghargaan dan terima kasih buat pelajar kejururawatan UIA yang membuka mata pihak lain dalam hal ini. Dan Insya Allah pelajar kejururawatan UiTM akan sedia bekerjasama dalam hal ini. Ok unsur unsur emosi mula meresap di jiwa sekarang ni. haha. Ok teruskan teruskan. Selepas siap aktiviti di dalam dewan kuliah, kami mula bergerak melawat clinical area bagi Kuliyyah of Nursing UIA ni. ^^










Clinical lab dia sangat teratur dan barang barang clinical pun mencukupi. Rasa macam klinik sebenar pun iya juga. Well memang ada pesakit luar yang datang pun ke sini sebab di sini kan ada IIUM Breast Centre. Impressive! Dan setelah selesai menggeladah klinikal area mereka, kami pun berangkat pulang ke hostel dan bersiap untuk Dinner malam tu. hehehe





The dishes was sooooo marvelous! Makan macam tidak ingat dunia. Haha. Memang berbaloi dengan yuran penyertaan yang dibayar. Pengurusan dari segi hostel, makanan, senyum mesra semua superb! Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada pihak penganjur program. ^^. Esoknya pula kami masih lagi ada sedikit ceramah dan seterusnya pertandingan poster dan oral presentation. Oral presentation kami dapat nombor 2 dan saguhati. Begitu juga dengan poster, nombor 2 dan saguhati. Alhamdulillah.

Poster design by our senior
dan dapat tempat ke-2.
Tahniah!

Poster design by our class!
Saguhati :D
Dan sebenarnya saya rasa sangat bersalah, sebab masa kawan saya present tentang poster ni, juri tegurlah tentang kesalahan quotation dan grammar di poster kami. Ahh rasa bersalah gila sebab most of the time saya yang design poster ni dan ayat ayat di atas juga saya yang taip dan rujuk dari internetlah hehe. Terus runtuh hati ku lepas dengar juri cakap macam tu. Time tu sudah jangka konfem dapat saguhati saja. haha. Oklah tu kan. Yang penting sijil peringkat kebangsaan ini ada. ^^,

Our best presenter Nurul Ain & Noor Atiqah  ^^



Tahniah buat semua kawan yang terlibat iaitu Ain, Una, Aida, Kinah, Mariam, Zuleha, Juwairiyah, Mus, Nurul, Atiqah, Nadzirah, Hawa, Kak mek, comok, Najiha, Fafa, Nosliza, Iqbal & Zaidizaen. Dan jutaan terima kasih buat kali yang ketiga buat pihak penganjur, pelajar kejururawatan UIA, Kuantan Pahang. Pengurusan amatlah memuaskan! TERIMA KASIH dan panjang umur jumpa lagi. ^^ Wassalam~


 P/s : credit to Iqbal Mustafa for the pictures




4 comments:

  1. "forum dia yang betul-betul buat saya tidak boleh tidur."

    Oh..kirenye slot2 lain,k.nui bantai tido la eh??hehe..

    ReplyDelete
  2. @aida : kira macam tulah kiranya aida. hahaha. tidak tau kenapa masa kat sana mata memang sangat berat sepanjang masa ;D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...