Assalamualaikum. Selamat hari sabtu semua. Hari ini dapat rilek sikit di rumah berbanding minggu lepas. So, dapatlah kemas kemas bilik dan rumah sikit. Lipat kain yang sudah gemuk terkumpul. haha. Ok fine. Bercakap tentang wanita yang kompleks ini, membuatkan saya selalu berfikir dan membuat perbandingan antara lelaki dan perempuan. Saya selalu bandingkan antara saya dan abang saya. Terutama sekali bila kami jalan beli barang bersama. Haha. So inilah yang saya dapat tengok.
Haha begitulah yang selalu berlaku bila saya jalan dengan abang saya. Mama saya selalu suruh saya mandi dan bersiap dulu sebelum abang saya. Bila sudah sampai no 9 tu baru kejutkan abang. Cehh. Tapi abang saya lajulah bersiap. Zup zap saja di kereta sudah. Saya pula yang terlari lari. Abang saya marah kalau lambat jalan. Hoho. Kadang kadang saya pakai stokin dalam kereta saja. Mau cepatkan. Ahh bukan emergency pun cuma abang saya malas mau tunggu. =p. Ini pun saya rasa paling simple sudah ni. Kalau yang free hair, mesti lagi lambat. Mana lagi mau fikir fesyen rambut yang mana mau guna dan banyak lagi. Oh ya lupa mau letak pakai losyen & bawa sapu tangan di atas tu. haha.
Begitulah wanita, sangatlah kompleks. Wanita ni saya rasa seseorang yang berfikir dengan teliti dan ke hadapan. Memanglah bukan semua wanita begini, tapi kebanyakkannya begitulah. Lelaki pun ada juga yang berfikiran seperti itu. Cuma yang spoilnya dengan wanita ni ialah dari segi kawalan emosi serta perasaannya. Bukanlah 'spoil' cuma yalah kekurangannyalah. hehehe. Kadang-kadang wanita ni cepat berubah moodnya, cepat merajuk, marah tiba-tiba dan sukar dimengerti kenapa. Sesama kawan wanita pun saya rasa susah mau fahami diri mereka hatta diri saya sekalipun bila berperangai seperti di atas. Hehehe. Mungkin sebab perubahan hormon jiwa wanita jadi begitu sensitif. :D
Dan seperti yang kita tahu, wanita diciptakan Allah dengan 1 akal dan dengan 9 nafsu. Nafsu ni maksudnya di sini ialah keinginan untuk shopping, gossip, membebel, makan, gediks dan sebagainya. Jadi jangan hairanlah kalau wanita lebih banyak memonopoli shopping shopping complex di bandar. Haha. Lagi lagi kalau mau memilih barang, aduhai cerewetnyaa. Dulu saya ingat saya sorang saja yang cerewet, rupanya sepupu saya lagi cerewet. Satu shopping complex dijelajah hanya untuk membandingkan harga. Arkk tertekan beta menunggu time tu. Dan saya tidak suka kalau shopping dengan lelaki terutama abang saya. Bosan dan tidak memberi pendapat yang bernas langsung. ceh. Jalan dengan girls lagi best :D
Tapi walaupun wanita berlebihan dalam nafsunya, perasaannya, yang sangat sukar dimengerti, tapi wanita itu jugalah yang tabah bertahan selama 9 bulan membawa satu nyawa dirahimnya. Yang sangat kuat melahirkan anaknya walhal sakit bersalin itu sakit ketiga selepas saki MATI (if I'm not mistaken). Yang selalu berkorban demi anak, suami dan keluarganya. Yang sangat setia pada suaminya walau suaminya menduakannya, meninggalkannya buat selamanya. Itulah dia WANITA. Sebab itulah saya sangat pantang bila dengar suami yang curang, pukul isteri anak. Kalau saya jumpa saya tembak terus! Peduli apa saya! (Alamak terlebih pula emosi ni. haha)
So para jejaka di luar sana, jagalah hati wanita yang kamu sayangi itu. Especially your mother, your wife, daughter, and your sister too. Bila rasa rasa menyampah dengan sikap mereka yang sukar diduga, ingatlah pengorbanan mereka terhadap kamu. Dan kepada para wanita juga, kawallah emosi kamu sebaik mungkin. Kalau sikit sikit mau marah, merajuk dan sebagainya, saya pun rasa menyampah juga. Haha. Orait. Lama gila buat entry ni. Lipat kain dululah. bai n Wassalam~
P/s : Abang saya baik tau. Siapa mau? Angkat tangan! hahah



haha
ReplyDeleteaku step 1-5 tu betoi dah
then terus skip ke step 10-19
step 20 xkan berlaku kecuali kalau da berkawen
ada abam sayam
:P
yes,perempuan sgt teliti n perfectionist
:)
Haha. xda abang kandunglah kiranya ya? hehehe. Begitulah wanita kan :)
ReplyDeletehihii..senyum2 baca entri ini..semuanya betul.sama mcm saya.lmbt jg bersiap.sian suami sllu tunggu.;D
ReplyDelete@misya : ahaha. Hampir sama ja kan wanita ni :)
ReplyDelete