tempat : Hospt. *****ang, Emergency Department
masa : 7am - 2pm
Assalamualaikum. Wahh. mau tau kami sudah start praktikal. Maka bermulalah hidup yang perlu bangun dari jam 3.45am lagi. Hehehe. Sebab van dari rumah sewa ke kampus gerak jam 4.30. Bus UiTM ke hospital pula dalam jam 5 lebih gitu. Awalkan. Sampai hospital solat, pastu masuk hospital. Balik jam 2pm. Masa hari isnin kan cuti, so kami start praktikal mula hari selasa minggu ni. Tapi selasa tu cuma briefing pasal orientasi hospital tu, peraturan peraturan dsb. Rabu tu masuk di bahagina emergency department aka kecemasan. Mula mula dulu cuak juga bila dapat tau masuk ED minggu pertama. Rasa macam WAW~ sebab situ kan macam krtiikal dan mau cepat saja. Saya di bahagian yellow zone. Yellow zone ni tempat pesakit yang tidak berapa kritikal cuma bila bila masa boleh bertukar jadi kritikal. Macam patient tinggi atau rendah sangat tekanan darah, demam panas, allergic sangat dsb. Dr biasanya ramai di sinilah. Di sini tidaklah busy sangat. Balik balik kerja kami cuma ambil ECG patient. Hehehe. Dengan susun barang-barang dalam locker.
| |||
| black and yellow! :D |
ED sebenarnya ada banyak part di dalamnya. Ada Red zone, Yellow zone, Green zone, asthma bay, fever center, obstetric ED, OSCC dan observation zone. Ya itulah semua tu. Red zone adalah untuk pesakit pesakit yang kritikallah kiranya. Macam orang-orang yang accident teruk, pendarahan dalaman dan yang perlu dirawat secara pantaslah. Kalau ada kes Red zone aka RESUSCITATION dia akan bunyikan siren tanda kecemasan. So akan ramailah Dr, nurses, MA datang ke tempat itu. Tapi setakat ini tiadalah lagilah kes teruk teruk. Biasa sajalah. Bilalah ada kes teruk teruk. kami mau tengok. heheheh.
Green zone tu tempat yang orang selalu tunggu lama-lama untuk jumpa Dr. Saya pun sebenarnya tidak berapa faham orang yang datang pi zone hijau ni. Sebab saya belum masuk lagi zone ni. Tapi kalau lalu zone ni pun saya tengok patient dia stabil ja semua. huhu. Fever centre untuk yang demam dan asthma bay untuk orang yang diserang asthma lah. OSCC ni tempat untuk orang yang didera, drogol liwat dan sewaktu dengannyalah. Saya ingat lagi OSCC tajuk saya punya presentation hari tu. hehhehe
Hari khamis pula kami ada fire drill punya latihan. Hehehe. jadi pelakon sekejap. Haha. masa banyak dihabiskan disitu. Lepas balik Fire Drill tu kami sambung balik buat kerja di dalam ED. Hari Jumaat pula iaitu semalam, saya dimasukkan ke dalam fever centre. Di sana ada MA, Staff nurse dan PPK. Oleh kerana ramai sangat di sana, maka saya pun meloloskan diri ke observation zone. Hehehe. Lagipun fever centre bukannya banyak sangat kerja mau buat. hurm. Sibuk sibuk di observation zone, kami request CI kami untuk monitor kami insert branula sesama kami. haha. Berani mati punya tindakan. Bukan apa, hospital tu tidak bagi student insert branula, so kami kenalah cari inisiatif lain untuk ambil experience ni kan. hehehhehe layan~

Masterpiece of Nunui Joe.
hahaha. Saya cucuk kawan saya. :D
Masterpiece of Aida Salihan
kena 3x jugak ni. ;D
hasil seni musaadah yusuf terhadap tanganku hehehhe
paling smooth sekali! cucuk sekali terus masuk. Tahniah! ;D
Hasil dari syawal saidi. 2x kena woo hehehe
Lebam jugaklah tangan malam tu. heheheh
Tangan musaadah saja tidak sempat di snap pic tangan dia. Darah keluar banyak doh. hihi. Jangan ditanya sakitkah tidak. Op koss lah sakiitt. hehehe. Bila berjaya cucuk tu rasa fuhh~ selamat. hehehhehe. Isnin mau try pula blood taking. Bila ada experience macam ni rasa seronok tau. Rasa macam mau cucuk pesakit sebenar la pulak. haha. addict! Itulah saja yang berlaku pada minggu ini. Agak membosankan berbanding jika bekerja di dalam wad. Mungkin sebab kesibukan ED tu belum terserlah sepenuhnya kan. kalau busy tu busyyyy sangat kata satff nurse sana. Bila kita busy, kita tidak rasa masa berlalu sekejap saja rasa.
Oh ya. Yang fever centre tu, MA tu terserempak dengan saya then dia tanya 'awak keja bahagian mana sebenarnya ni? sekejap ilang sekejap ada. Macam chipsmore pulak.'. Haha. bosanlah fever center tu saya rasa. saya duduk ja di belakang MA & staff nurse tu. Lama-lama saya pun lari ke tempat yang lebih sibuk sikit. hehehe. Sorry sorry. nanti hari isnin saya duduk sana diam diam sudah. ;D. Tadi kami ada test emergency dalam dewan kuliah. Dengan tidak habis naca notes nya saya jawab juga test tu. Alhamdulillah. oklah soalan dia. Lepas jawap test terus tetido dalam kuliah. siap mimpi mimpi lagi. Bangun bangun saja sudah habis masa dan kena suruh antar kertas jawapan. haha. macam macamm.. Ok itu saja. Wassalam~

P/s : Sedang menjalani kursus kawen selama 2 hari. Motif?? RAHSIA! hahaha (^^)/

No comments:
Post a Comment