Tempat : ED Hospt ******ang
masa : 7am-2pm
tarikh : 5 - 7Dis 2011
Assalamualaikum. Hurm apa kabar? Alorhh macam tiada mood saja saya ni. hehehe. Cepat marah ja saya kebelakangan ni. Biarlah abaikan~ Okeh, sepanjang3 hari ini, mula mula hari Isnin tu agak boring jugaklah. Saya diletakkan di fever centre lagi. Di sana tiba tiba rasa best pula. Saya belajar buat Blood taking. Waww, terus rasa macam 'Nakk lagi!' ahaha. Entahlah, macam addicted pula ambil darah orang ni. Kalau lelaki senang nampak urat dia, so senang mau cucuk dan ambil darah. Kalau perempuan susah sikit. Budak saya tidak ambillah. Nanti karang kena komplen pula. huhu. Alhamdulillah setiap yang saya cucuk darah keluar. hehehe dapatlah juga experience dari CI kami. Hehehe.
Dan tadi saya minta kawan saya ambil darah saya then terus check darah, tengok platelet, WBC, RBC berapa semua. Bila cek cek banyak yang low. last last diagnostic Anemia Microcytosis Microcytes. Maknanya sel darah saya itu kecik dan pucat. Sedih ku tengok. Kena makan hatilah lepas ni. Mari saya makan hati kamu!! haha. Kurang Hemoglobin lagi makan ferrous fumarate lah. mungkin sebab hampir setiap sem saya derm darah kot, pastu lepas derma bukan makan ubat tambah darah. hihihi. Bila sudah camni baru mau makan ubat. haha. Tidaklah teruk sangat, cuma low saja. ;D. Tapi memang sudah jangka darah saya memang kurang. Tapak tangan pun selalu tidak cukup merah. Kawan kata 'jaundice kot' hahaha. ciss betuii ;D
![]() |
Hari Rabu pula, saya di bahagian observation wad lagi.kali ini saya tidak melarikan diri ya. haha. Saya dengan kawan saya balik balik masuk red zone, assist Dr, staff nurse untuk resuscitation patient. Paling ngeri saya tengok patient miscarriage/keguguran tapi tidak habis keluar darah dia. Product of Conception (POC) tidak habis keluar, maknanya bleeding di dalam rahim dialah. Dan Of course lah sakit. So Dr terpaksa korek rahim dia untuk keluarkan ketulan darah aka baby yang belum terbentuk lagi. Ngeri ah tengok. Pucat patient sebab banyak sangat pendarahan kan. Alhamdulillah pas korek tu patient stabil sudah.
![]() |
| lebih kurang beginilah cuma Dr tu just guna forceps |
Yang patient sorang tu dia menggigil sangat-sangat. Sejuk katanya. mau 3 4 selimut tutup dia, tambah lagi warmer. Suhu badan dia 34 C PR 15++. Dia pun
dipindahkan ke Red zone dan kena cucuk kat jugular vein dia untuk tambah
air dalam badan, jugular vein tu dekat leher kita. Sambil ketap gigi
saya tengok sambil pegang patient kuat kuat sebab sakit kena cucuk dekat
leher tau. Lepas Dr insert central vein catheter dekat leher dia tu kami terus blah. Cewah.
Ada juga baby masuk red zone, sebab bibir dia tiba-tiba biru dan susah bernafas sebab dia batuk batuk. Insert branula, masuk red zone terus. PR dia memang tinggi SPO2 pulak rendahh sangat. kena resuscitation teruslah. Cuma time tu ramai sangat masuk sana, so saya dengan rela hatinya meninggalkan kawasan itu. Sesak bah. hehehe. Kawan kata baby tu ok sudah. Kiranya hari ini tidak berapa mau boringlah. Bolehlah. Oklah. mau tidur. Semoga esok lebih baik dari hari ini. Amiin. Wassalam
P/s : teruknya allergic. takkanlah makan bilis pun boleh gatal gatal. hurm






No comments:
Post a Comment