Tempat : Hospital Kuala Lumpur.
Masa : 7am - 2pm
Tarikh : 21- 25 Mei
culik gambar kawan sekejap haha
Assalamualaikum kawang kawang. haha. Yah untuk pengetahuan anda, kami sekarang sedang sibuk berpraktikal selama 6 minggu di HKL. Ini pertama kali kami posting di HKL. Kiranya batch first pergi HKL lah. Mula mula cuak jugak kan mau praktikl di sana. HKL kan hebat! Mula mula masuk sana tengok keadaan hospital dia lebih kurang macam hospital lama. Yalah HKL kan antara hospital terlama di sini. Bila masuk ward, wahh terkejut bila staff nurse dan sister nya baik baik belaka. Jenis yang mengajar student. Sekarang baru saya paham kenapa HKL hospital yang hebat. Satff dorang tidak lokek ilmu. Kalau kita tanya dorang tidak kedekut share ilmu. Kan ada sesetengah orang yang bila kita tanya dia akan kata 'carilah sendiri'. Terus mati rasa ingin bertanya kalau orang kata begitu tau. huhu.
Hari pertama dan kedua saya dekat Respiratory Lab. Di sana kami belajar part part Manual Ventilator iaitu Resuscitation bag. En. Ariff ajar memang best. Tapi terpaksa mengorek semulalah ilmu ilmu yang dulu dulu punya. Haha. Anatomy and physiology, prinsip prinsip. Perghh memang dasat soalan soalan En.Ariff. hehe. Memang banyak ilmu dapat dari sana. Alhamdulillah ;). Terima Kasih En.Ariff kerana sudi mengajar kami yang serba kekurangan ini.
Hari ketiga dan keempat pula kami ditempatkan di Acute Pain Service (APS). Saya dan kawan saya. Kami berpasang pasang praktikal sini. hehe. Sini kami belajar macam mana mau setting Infusion pump untuk bagi IV morphine (tahan sakit) dan ubat ubat lain. Mechanism ubat tu pun mereka ajar jugak, termasuk kenapa tidak boleh suka suka bagi ubt tahan sakit dengan pesakit. Kena tengok dia punya condition, berat badan, umur etc. Seronok juga belajar sini. Belajar macam mana mau dilute ubat, pain scoring etc. Last day di sana staff nurse ajar sangat banyak dekat kami. =)
hari kelima pula saya ditempatkan di General ICU. Semua pn tau kan ICU tu apa. Intensive Care Unit. Sebenarnya sem ni saya amek subjek ICU. hehehe. Di sana memang banyak nampak pesakit macam di atas. Mostly critical la. dengan Hemodynamic monitoring nya, total parental nutrition la, artery line, Triple Lumen IV sersbut kepala tengok wayar banyak sangat. First time masuk sini saya just tolong staff nurse manage patient, tanya bila tidak faham. Hehe. Seronok bekerja dengan mereka. Sata patient satu staff nurse jaga. Daebak gue bilang. hehe. Infectin control sangat strict! Saya suka. Staff nurse dan Dr, betul betul care sama patient dorang. Kalau bagi mandi patient memang betul betul mandi. Kalau turning patient memang strict 2 Hourly pusing patient. Fuhh tabik! Patut la HKL hebat!! hehe.
saya ada satu pengalaman berharga semasa jaga patient saya. Saya ikut staff nurse tu pi hantar patient unut percutaneous drainage. mau keluarka air terkumpul dalam perut dia. Bila tengok Dr buat depan mata, rasa macam, Subhanallah. Speechless beta. Dr dia relax saja insert jarum besarrrr punya untuk keluarkan air tu. Patient of course la sedated. Hehehe. Saya lupa mau minta experience daripada Dr tu. Tapi tidak apalah. Lain kali ada peluang baru minta. Keluar air warna coklat coklat hijau... gulp
Overall, memang best duduk ICU. Insya Allah lepas ni akan kerja keras untuk apply kan theory dalam prkaktikal as well as 'kejar cross'. Hurmm saya bukan je is yang kejar cross sebenarnya. Tapi apakan daya sudah naik peraturan baru bahawa student mesti capai 80% cross daripada 50 cross untuk sit for final exam. Punya membunuh dia punya syarat. Terpaksalah kejaaarrr crosss. grr. oklah itu saja. Wassalam~





No comments:
Post a Comment