Masa ; 7am -2pm
Tarikh : 28/5-1/6
Assalamualaikum. Ya kami masih lagi praktikal. Minggu ni erm saya rasa agak 'dull' sikit situasinya. Bukan apa. Erm tapi ok jugalah. Hari Isnin, banyak benda saya boleh buat bila masuk general ICU. Boleh assist Dr. buat extubation. Cuak jugaklah. Saya cuma assist untuk buat suction dekat patientlah. Sekali lagi saya dapat bekerja dengan staff nurse yang sangat supporting. Macam macam dia ajar saya. Dilute ubat, cara recording parameters tentang patient dll. Seronok!
Hari selasa pula saya dan kawan saya masuk Klinik Anesthesia. Iaitu satu macam opis yang document tentang patient sebelum menjalani operation. Yah begitulah nampaknya.
Hari rabu merupakan hari yang agak emosi bagi saya. Hati rasa sangat panass. Hurmm. Saya tau itu salah saya. Cuma apa yang saya harap iaitu saling bantu membantu sesama team mate bila susah. Tapi rupanya saya silap. Baru ada emergency sikit sudah panic. Kalau dia fikir panjang sikit, keadaan tidak akan sekecoh itu. Saya tau saya kadang kadang saya nakal, but as a friend, i thought he will cover me when i was in trouble. Saya silap rupanya. Oleh kerana dia tu jenis yang begitu bila bekerja, so fine, Kau kau saya saya. Bila susah jangan cari saya. Bila saya susah saya pun tidak akan minta tolong dia lagi. Biarlah dia. Kalau sem depan dapat tukar partner, saya akan request. =)
Oh ya sebelum saya 'terkena' dengan keadaan di atas tu, saya sempat assist Dr. buat removing chest tube. Fuhh berkerut dahi tengok. Saya tolong Dr pegang lubang luka tu lepas dia tarik chest tube tu. Ada jugak la keluar cecair sikit sikit. Lepas tu Dr Jahit. Saya ketap gigi tengok. Tapi saya sabar saja. hihi
Ok ok masuk hari khamis dan jumaat. Saya masuk respiratory lab semula. hehe. Dan buat kerja macam yang saya cerita masa minggu pertama tu. Cerita agak tidak menarik minggu ini. Hehe. Ok lah esok ada test. Wassalam~
P/s : Sejak akhir akhir ini, semakin kuat hati saya untuk tidak menjadi nurse selepas grad. Entahlah

.jpg)

laaa..ayat last 2 knape? huuu..nnt mau jadi ape k.nui?:)
ReplyDeletebeta mau jadi boss! hahahaha
ReplyDeleteAdeh. Nda siuk la kalau begitu punya partner. Patut saling backup la bah. Sudah namanya partner. Aiya.
ReplyDeleteitulaituh fadzmie. sy sabar ja. huhu
Delete