Tarikh: 29 & 30 Nov 2012
Tempat: Resp Lab & GICU HKL
Assalamualaikum dan salam sejahtera awak awak sekalian (beh). Hehe. Harap semua sihat dan gemuk sentiasa haha. Saya sedang buat assignment sebenarnya ni cuma bosan buat assignment, update lah sekejap blog yang telah lama bersarang ini. Huurmm. Okeh berbalik kepada tajuk di atas iaitu Praktikal Sem 7: Minggu 1 bermula pada 29 Nov 2012. Sebenarnya praktikal kami start 26hb tapi CI dan lecturer ada workshop so kena tundalah 3 hari tapi wajib diganti jugaklah. Ya begitulah. So pada hari khamis saya dan partner saya (sama macam sem lepas juga) ditempatkan di Respiratory Lab. DI sana kerja kami ialah round ward awal pagi tu ambil barang barang ventilator yang sudah tidak diguna untuk upacara pembersihan dan pensterilan (amboii upacara gitu). Saya bersyukur sangat dapat Respt Lab pada hari pertama praktikal.
kalah tulisan Dr you haha
Saya tidak ada persediaan pun p praktikal sem ni. Main masuk saja. Sem ni pun buka buku cuma apabila dalam kelas dan apabila mau test saja. Tapi kalau study InshaaAllah study betul betul lah. heheh Saya kerja part time tau sem ni. heheheheh. Bukan apa, selain daripada cari duit lebih, untuk mengisi masa lapang juga. Paper pun ada 1 saja sem ni. Cewah padahal mau urus dan siapkan all the things about research memang membunuh jiwa lah. fuhh. Duduk Respt Lab memang rest habislah. Jam 10 tu sudah siap kerja pensterilan bolehlah buka buku jap. Padahal bercerita dengan kawan pasal ekonomi politik business dunia dan sebagainya. Lagak bagai orang tua saja. Saya perasan kadang kadang bercerita dengan lelaki ada beza dengan bercerita dengan wanita. hehehehe. Kalau mau tau lebih lanjut bolehlah hubungi saya di talian 999 (puiiihh). hahaha
Pada hari Jumaat bersaman dengan 30 Nov 2012 pula, saya ditempatkan di General ICU dan tagging dengan staff nurse macam biasalah. Staff nurse tu banyak ajar saya. Patient tu di diagnose dengan Post decompressive craniectomy for Hemorrhagic Transformation of Left Middle Cerebral Artery (MCA). Ceritanya begini (menurut history patientlah) pakcik nih dia ditahan di wad sebab demam 3 hari, batuk batuk teruk, dan runny nose. Then bila dalam wad tiba tiba dia jadi macam confused and start seeing things dan dizziness lah. Bila kena buat CT scan rupanya dia ada left hemorrhagic MCA infarct. Maksudnya dia punya left middle artery tu pecah/bleeding (hemorrhage) dan menyebabkan kawasan yang bleeding itu tidak mendapat oksigen yang cukup (infarct). So kena buat craniectomy untuk buang bleeding dalam otak tu. Dia punya skull kena buanglah. Seperti yang dalam gambar bawah ni.
Kami kan baru sem ni belajar pasal neuro ICU, bila first time tengok patient yang ada jahitan banyak banyak di kepala yang bertampal "NO BONE FLAP" rasa ngeri pula. urghh. berkerut juga muka tengok first time. Tengok drainage dia darah saja yang keluar. Patient of course memang tidak sedarkan dirilah. Bukan koma cuma diberi sedation. Kalau tidak bagi mau meraung patient kesakitan tau. Lebih kurang macam gambar dibawahlah rupa kepala patient.
Lembut pulak tu kepala patient. Bila mau buat positioning kena hati hati skitlah. Takut tertekan sangat dekat bahagian kepala tu kang terbuka pulak jahitan. Ngeri ou. Oklah itu saja pekongsian di minggu pertama praktikal. Sambung buat assignment jap. Wassalam.

.jpg)

.jpg)
No comments:
Post a Comment