Assalamualaikum semua. Wah sudah berapa hari tidak update pasal praktikal di HBUK ni. huhu. Ok start pada hari ke 8 di sana.
HARI KE-8
Tarikh ini bersamaan dengan hari Rabu yang lepas. Pada hari ini kami telah menghadiri satu rawatan fizikal therapy kepada pesakit mental yang dinamakan sebagai ECT aka electroconvulsive therapy yang mana rawatan ini menggunakan tenaga elektrik yang kecil dalam 100-150 wat yang disalurkan ke kepala pesakit melalui elektrode untuk menghasilkan sawan palsu. Ini adalah untuk merawat pesakit mental yang tidak ada perubahan atau lambat kesan ubat terhadapnya. Biasanya pesakit yang diberi ECT ini ialah pesakit yang scizophrenia, mania dan severe depression dan juga pesakit yang ada niat atau keinginan kuat untuk suicide aka membunuh diri. Mula-mula tengok takut juga kan. Sebab sebelum ni tengok dalam movie macam teruk sangat rawatan dia ni. Bila sendiri tengok oh ok sajalah rawatan dia. Pesakit pun tidak teruk sawan dia. Contoh ECT adalah seperti video di bawah.
Erm lebih kurang macam video itulah kami semasa di dalam ECT room tu. Tapi ada ramai laa jugak student lain. Dan of course lah ada Dr, MA, Staff nurse, dan PPK. Sebelum dibuat ECT ni pesakit akan diberi ubat penenang iaitu Propofol dan muscle relaxant iaitu Ethicolin aka Suxamethonium Chloride (punya berusaha saya menghafal nama ubat ini. Hehe). Lepas tu diberi ECT lah. Sebelum itu lagi sudah dipasang electrode, dan wayar yang berkaitan seperti ECG, EEG, ECT serta oxygen. Dan pesakit akan tidak sedarlah selepas diberi ubat penenang. Pesakit tidaklah teruk sawan dia. Cuma dalam beberapa saat saja. Kadang-kadang tidak sedar pun dia sawan atau tidak. Tapi memang satu pengalaman yang sangat menariklah pada masa itu. Hehe. Seterusnya balik ke wad dan buat aktiviti yang best bersama pesakit seperti biasalah.
HARI KE 9
Oh pada hari ini kami buat case presentation dengan Sister wad WKP. Kami kan masih dalam wad kemasukan perempuan. So kenalah bentang pasal history, penyakit, medication, symptoms dan semua tentang pesakit yang kami pilih untuk case presentation kami. Mula-mula cuak juga kan bila discuss dengan sister, tapi sister tu sporting dan bagus. (^^). Lepas itu rehat dan kembali semula ke dalam wad. Tiba-tiba pesakit yang kami pick untuk case presentation kami panggil saya. Dia cakap "Aida, i want to talk to you for a while". Pesakit ini yang masalah dia pasal bekas suami dia yang berubah dan mereka bercerai dan membuatkan dia depress. Kami cuma bercakap-cakap pasal masalah itu. Saling share masalah dan saling menasihati. Ya saya suka bercakap dengan dia.
![]() |
Tapi tidak semestinya saya percaya semua yang dia cakap cuma saya suka bercakap dengan dia. Saya suka. Entahlah kenapa. TIba-tiba petang tu pula dia dipindahkan ke wad lain. Aduh tidak sempat saya mengucapkan selamat tinggal. Dan saya pun cari dia di dalam wad baru dia. Saya bagi sepotong kek coklat dekat dia and say goodbye. Cepat-cepat pusing dan air mata menitis sejurus keluar dari wad itu. Sebak rasa... I'll pray for her happiness and safe journey cause i know she is a good woman and she deserve the best. I pray for her....
HARI KE 10
Pada hari ini kami mengadakan sukaneka antara 3 wad yang telah kami pergi. Acara bermula sekitar jam 9am dengan ucapan perasmian serta persembahan dari kami (oh malunya. Haha) Dan seterusnya acara senamrobil bersama pesakit. CUma beberapa pesakit yang boleh dikawal dan baik dipilih untuk mengikuti acara tersebut. Nanti kalau ambil yang emosi tidak stabil susah pula mau kawal takut-takut mengamuk di luar wad. Tapi pesakit pun tidak ramai dalam 12 orang sahaja. Staff nurse2 yang in charge 3 wad itu pun kami jemput juga. Hehe. Maka inilah yang berlaku....
Maka berakhirlah sudah sesi praktikal kami di Hospital Bahagia Ulu Kinta ini. Dan kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat staff nurse staff nurse yang in charge student UiTM dan juga sister-sister serta semua warga HBUK. Sesungguhnya pengalaman di HBUK ini amatlah berharga. Terima kasih semua. (^^)
P/s : esok mau p GreenTown. Sempatkah?? heheheh



Bestla entry ni.. sronok baca pasai cara kerja kat hospital mental.. suka2.. ;)
ReplyDeleteMySuaraBlog: Rambut oh Rambut
@ZWAN SABRI hehehe.. kami dah last day kt sni.. balik UiTM da.. :D
ReplyDelete